Anonymous
6 tahun
Faraj berdarah secara berterusan
Saya wanita berumur 20an. Saya telah mengalami faraj berdarah melalui lendir keputihan selama 9 hari. Saya telah berkahwin dan masih belum mempunyai anak. Saya telah datang bulan seminggu sebelum lendir ini keluar. Saya tidak mengalami alahan apa apa. Perkara ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Bagi sesetengah wanita, keputihan adalah perkara yang sangat biasa. Namun, untuk sesetengah wanita yang lain, ramai yang tidak mempunyai kesedaran tentang risiko dan komplikasi masalah keputihan yang berpenyakit.
Masalah keputihan juga kadang-kadang menjadi punca kitaran haid yang tidak teratur. Antara faktor-faktor penyakit keputihan ialah faktor kebersihan. Ini adalah disebabkan kelembapan pada bahagian faraj yang menggalakkan pertumbuhan jangkitan bakteria, kulat atau parasit. Oleh itu, para wanita digalakkan untuk mencuci bahagian faraj selepas membuang air kecil dan hubungan intim dan pastikan kawasan tersebut kering selepas mencuci.
Ketidakseimbangan hormon juga boleh menyumbang kepada masalah kitaran haid yang tidak teratur dan masalah keputihan. Antara sebabnya adalah penghasilan hormon oestrogen yang meningkatkan hasil lendiran sekaligus memudahkan pembiakan kulat pada dinding faraj. Selain itu, penggunaan ubat antibitoik dan steroid untuk tempoh masa yang lama akan menyebabkan bakteria baik pada dinding faraj mati dan ini mengundang pertumbuhan organisma patogen.
Saya sarankan anda bertemu dengan doktor untuk merawat jangkitan keputihan serta masalah haid tidak teratur. Anda juga perlu memastikan pasangan anda juga diuji untuk mengelakkan masalah ini berulang. Oleh itu, Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.

























