Sulit
2 tahun
Faraj gatal dan pedih lepas buang air kecil
Hello dok saya wanita berusia 32 thn saya mahu tanya tentang masalah faraj saya…yg rasa pedih saat lepas buang air kecil…dan rasa gatal saat tersentuh dan skrg dh rasa macam ada luka
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Luka di kulit kemaluan seperti luka lecet
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.