
Sulit
4 tahun
Faraj gatal, ruam dan bengkak
Faraj saya bengkak ketika saya memakai pad yg biasa dipakai ketika datang haid, Bawah saya berwarna unggu dan kulit kering serta ada bintik2 ruam. Selepas habis haid pula, saya kena tunggu beberapa hari barulah bawah saya betul2 pulih tapi masih terasa gatal. Dalam lubang faraj saya terasa betul2 gatal dan pedih. Sudah 2 bulan, rasa gatal masih terasa… Dan setiap kali datang haid dan saya pakai pad tetap bengkak. Saya telah menukar pad jenama yg lain masih tidak ada perubahan.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berkaitan dengan masalah cik, mungkin ia disebabkan oleh jangkitan pada vagina. Ini disebabkan oleh pelbagai sebab. Antaranya ialah ;
- Jangkitan kandida (sejenis kulat)
- Bacterial vaginosis
- Chlamydia trachomatis
- Gonorrhea
- Trichomonas vaginalis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.