
Sulit
4 tahun
Faraj keluar sesuatu sperti tali yg berdarah. tidak rasa sakit cuma sakit bila di tarik. tali tu tidak boleh tarik
sy baru bersalin 3 bln lps, 2 hari ni ada keluar tompok darah, hr ni ada keluar sesuatu seakan tali yg berdarah. tidak berasa sakit cuma sakit bila di tarik. tali tu tak boleh di tarik…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan dalam dinding faraj
- Pembetukan hematoma di kawasan faraj yang cedera
- Tumpah darah selepas bersalin (postpartum hemorrhage)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Tali tersebut juga mungkin merupakan tali peranti IUCD dan menyebabkan kesan sampingan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang pendarahan yang dialami? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Perkara ini memerlukan perhatian daripada anda dan doktor dengan segera. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda dan elakkan daripada mengusik “tali” tersebut sehingga anda berjumpa dengan doktor.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.