
Anonymous
4 tahun
Faraj luka/terkoyak/keguguran
Hi… Sya berumur 24 tahun and baru berkahwin february 2019.sya nak tanya 2 soalan ya doc… .first… bulan april saya mengalami keguguran kantung bayi disebabkan saya tidak menyedari saya mengandung… Bulan 3 dan 4 saya tidak period… Bulan 5 sya period 2 kali… Awal dan hujung bulan dan sekarang bulan 6…saya dah lewat period 3 hari… Adakah ini normal after gugur atau kemungkinan hamil lagi?
2-faraj saya terkoyak ketika melakukan hubungan intim, terasa sakit untuk 2 3 hari dan lama2 bibir faraj jadi melecek/terluka… Pedih untuk kencing dan mempunyai keputihan… Adakah sya telah dijangkiti bakteria? And boleh syorkan cara untuk rawath?
Mohon tolong saya… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa masalah yang berlaku dan membimbangkan anda. Mengenai haid tidak teratur, ini boleh disebabkan oleh:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Mengenai masalah faraj yang luka, pedih untuk kencing dan keputihan, sesetengah keputihan adalah normal namun keputihan yang banyak dan berbau boleh disebabkan oleh jangkitan. Pedih ketika kencing juga mungkin adalah berpunca daripada luka pada faraj anda.
Berdasarkan keterangan anda ini, anda amatlah disarankan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lebih mendalam dan pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpilan boleh dibuat dan rawatan boleh diberikan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.