Sulit
5 tahun
Faraj sakit ketika berhubungan seks
Saya dan isteri sebelum ni kami selesa berdua . lama kelamaan tiap kali saya ingin berhubungan seks faraj dia terasa sakit . nak masukkan pun tak boleh . dah biar tidak bersama sebulan pun masih sakit yang sama . penis saya tak boleh masuk faraj isteri .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang isteri anda hadapi iaitu faraj yang sakit ketika berhubungan seks. Untuk makluman pihak anda, bagi mengetahui rawatan serta penyelesaian yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan - jangkitan kelamin (STI), seperti klamidia, gonorea atau herpes genital
- Kekurangan gairah seksual
- Vaginismus - keadaan di mana otot di dalam atau di sekitar faraj tertutup rapat, menjadikan seks menyakitkan atau mustahil
- Iritasi alat kelamin atau alergi yang disebabkan oleh spermisida, kondom lateks atau produk seperti sabun dan syampu
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































