
Sulit
4 tahun
Faraj/vagina keluar putih2
saya wanita berusia dalam awal 30an.
sy mengalami faraj/vagina keluar putih2 berbentuk macam daki panjang2 sekitar luar faraj… dn ada berkumpul di ‘clitoris’ (lebihan kecil yg sekitar vagina tu) saya tak tahu apa jenis keputihan tu… dn apa rawatan nya.
knapa ia terjadi.
dn sy cube bersihkan smpai ke clitoris… tp makin lama mcm rasa clitoris makin mengecil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan seseorang wanita mengalami masalah keputihan, seperti:
- Normal atau fisiologikal
- Bacterial vaginosis
- Vaginitis
- Cervicitis
- Jangkitan kelamin (sifilis, gonorea)
- Radang organ pelvis
- Jangkitan salur kencing
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah keputihan. Anda dikehendaki berjumpa dengan doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana ia mengganggu anda dan tidak berkesan dengan ubat yang pernah digunakan.
Rawatan untuk keputihan adalah berbeza dan ia bergantung kepada diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Anda juga boleh berhubung dengan kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami berkenaan masalah yang anda hadapi. Terima kasih.