
Sulit
5 tahun
Fatigue Dan dan sakit kepala
I nak Tanya pasal hiv treatment.pasal ART treatment.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan yang anda berikan, rawatan ART (Anti-retroviral) adalah rawatan seumur hidup bagi penghidap virus HIV. Ia adalah kombinasi beberapa jenis ubat untuk melawan virus HIV dan perlu diambil mengikut masanya seumur hidup. Hal ini bagi mengelakkan virus HIV terus membiak dan merosakkan sel darah putih yang melindungi badan dari jangkitan dan kanser. Sekiranya ubat ART tidak diambil, jangka hayat pesakit HIV/AIDS adalah rendah berbanding dengan populasi sihat. Ubat ART ini adalah ubat yang memerlukan preskripsi doktor dan pengesahan. Jika pesakit HIV sudah mendapat diagnosis HIV, mereka akan diberikan surat beserta preskripsi untuk ubat mereka dan perkara ini akan dijaga sulit bersama mereka dan doktor. Oleh itu, pesakit HIV perlu mengikuti rapi temu janji dan nasihat doktor berkenaan pengambilan ubat ART ini bagi kebaikan mereka juga. Sekian