
shedazulkifli
5 tahun
Fibroid haid berpanjangan dan cramp
aya berusia 29 tahun dan telah berkahwin selama 1 tahun 7 bulan dan tidak mempunyai anak. pada tahun lepas saya telah melakukan pemeriksaan dan didapati terdapat fibroid bersaiz 4.3cm. dan setelah mendapat rawatan susulan daripada doktor pada February 2019 lalu, fiborid saya makin mengecil menjadi 1.5cm.
sebelum ini haid saya setiap bulan adalah teratur. namun begitu, pada Julai 2019 ini, walau sudah hari ke 7 haid namun masih ada tompok coklat. dan pada hari ke 11 hari ini, ada kesan tompokan darah yang terang, dan perut saya berasa sakit yang memulas dan cramp diperut yang terlampau teruk. ini tidak pernah terjadi sepanjang hidup saya.
boleh doktor terangkan apakah permasalahan saya? dan apakah yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 8 hari.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.