Sulit
6 tahun
Fikiran terganggu selepas kematian ahli keluarga
Saya seorang remaja berumur 17 tahun.Saya mengalami trauma selepas kematian ayah saya.Adakah saya patut rujuk masalah saya ke doktor?
6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, adalah normal untuk merasa sedih dan teringat memori bersama insan yang telah pergi. Namun, jika ia sangat mengganggu anda sehingga anda hilang selera makan, tidak dapat buat kerja harian dengan normal, gangguan tidur dan sebagainya, anda perlu merujuk perkara ini doktor pakar psikiatri atau pakar kaunseling untuk rawatan lebih lanjut. Anda dinasihatkan untuk tidak bersendirian dalam menghadapi masalah ini kerana terdapat ramai golongan profesional yang boleh membantu anda dalam menghadapi masalah ini.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya sesi kaunseling dan rujukan pakar psikiatri dapat dilakukan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



























