
Sulit
4 tahun
Flat Foot dan Autism asthma dan di subjek matematik paling teruk
Saya Ada masalah flat Foot dan autism Ada Saya Jumpa doktor pakar Kanak-kanak dan tulang dan masalah Flat Foot saya tidak boleh Lari dengan cepat dan tidak Boleh naik dengan tinggi masalah Autism saya adalah Tidak boleh fokus di dalam kelas Dan saya nak tahu kenapa subjek matematik saya selalu teruk bolehkah Doktor beritahu Saya masalah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda saya dapati anda mempunyai masalah ‘flat foot’ dan autisme dimana kedua-dua masalah ini sudah anda rujuk kepada doktor pakar mengenainya.
Soalan anda sekarang adalah, mengapa anda ada masalah dengan subjek matematik? Sejujurnya, soalan ini mungkin tidak sesuai untuk dijawab oleh pakar perubatan kerana ianya bukan masalah kesihatan. Namun boleh saya katakan ianya mungkin kesan dari masalah anda yang sukar fokus dalam kelas.
Nasihat saya, anda mungkin boleh mengenalpasti dahulu sebab anda sukar untuk memahami subjek matematik. Sekiranya ia disebabkan masalah sukar fokus, anda mungkin boleh berbincang dengan doktor pakar kanak-kanak anda bagi mengatasi masalah ini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut. Terima kasih.