
Anonymous
5 tahun
Folic Acid & Tidak Period
Salam Sejahtera doktor. saya ika.
saya sudah amalkan folic acid 2 minggu sebelum kahwin. bulan pertama berkahwin, period saya tidak datang 3 minggu tapi upt negative. saya stop consume folic acid. selepas itu, period saya datang semula.
bulan ke 2 dan ke 3, period saya teratur dlm 28 hari.
kemudian saya makan semula folic acid dalam bulan ke 4.
dalam bulan ke 5, period saya datang lewat lagi. bila check upt masih negative.
persoalan saya, adakah saya dalam fasa utk hamil kerana folic acid membuatkan period saya datang lewat. tapi sepanjang ni, saya alami mual2, perut rasa tidak selesa.
terima kasih doktor. harap dapat membantu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, folic acid merupakan sejenis vitamin yang biasanya digunakan sebagai:
- ubat mencegah kejadian neural tube defect pada bayi yang mana ubat ini diberikan pada orang yang mahu hamil seawal 4 minggu sebelum hamil
- pengubatan penyakit folate deficiency megaloblastic anemia yaitu sejenis penyakit darah
Mengkonsumsi folic acid walaupun tidak hamil adalah tidak dilarang kerana selain sebagai pengubatan kondisi diatas, folic acid juga dipercayai membantu proses penghasilan sel-sel tubuh. Akan tetapi, harus dipastikan anda telah terlebih dahulu mendapatkan rawatan yang sepatutnya sekiranya anda mempunyai pernicious anemia, atau kekurangan cobalamin (sejenis vitamin).
Pengambilan folic acid juga tidak mempengaruhi hormon atau kesuburan anda. Akan tetapi, kitaran haid yang tidak normal, yaitu apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari, dapat terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.