
Sulit
4 tahun
Folic Acid Yang Paling Bagus
Hi doc, terdapat banyak jenama folic acid dekat luar. Tapi sy nak tahu jenama folic acid yang paling bagus dan disarankan oleh doc? Boleh ke ambil folic asid dan supplement lain seperti himalaya women wellness dalam satu masa?

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pengambilan folic acid.
Untuk pengetahuan anda, jumlah folic acid yang disarankan untuk diambil oleh wanita mengandung adalah sebanyak 400 micrograms / 0.4 mg . Jumlah maksimum yang boleh diambil adalah 1.0mg sehari samada melalui pemakanan atau suplemen.
Tidak penting untuk jenis jenama apa yang anda perlu ambil. Yang penting anda ikut saranan doktor mengambil folik asid supaya perkembangan janin terjamin. Kami memerlukan lebih banyak maklumat tentang supplemen yang anda hendak ambil bersama folik asid supaya dapat membuat kesimpulan
Sekiranya pengambilan folic acid melebihi 1.0mg/sehari dan di ambil pada jangka masa yang lama, anda mungkin mengalami gejala berikut:
- Kekejangan perut
- Cirit-birit
- Ruam
- Gangguan tidur
- Ketidakselesaan perut
- Loya dan muntah
- Perubahan tingkahlaku
Namun begitu, sekiranya Doktor yang merawat anda memberikan preskripsi folic acid yang lebih tinggi kepada anda, kemungkinan terdapat sebab tertentu. Sila berbincang dengan Doktor yang merawat anda dengan lebih lanjut mengenai jumlah folic acid. Folic acid juga boleh didapati dalam pemakanan dalam jumlah yang sedikit seperti kekacang, telur, sayuran hijau dan sebagainya.