Sulit
6 tahun
Frequently having headache
Salam sejahtera.
Saya wanita 23 tahun dan sejak kebelakangan ini saya sering mengalami pening kepala. Selain dari itu, dalam setahun dua ini, saya juga sering merasa sakit di sebelah kiri bhg. belakang kepala. Sakit yang macam ditekan2 dan rasa berat. Adakah ini ada kaitan dengan pemakanan saya atau ianya normal? Do I need to consume specific type of vitamin or meds? Thank you in advance, Doc 
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala di sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tension type headache
- migraine
- cluster headache
- sinusitis (keradangan rongga tengkorak)
Sekiranya sakit terlalu sering sehingga menganggu aktiviti seharian, adalah amat digalakkan untuk anda mendapat rujukan doktor bagi mengatasi keadaan ini. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































