
nurulmyra313
5 tahun
G6pd def.. susu yg sesuai
Susu yang sesuai untuk baby g6pd… baby sy 38hri(02.01.20lahir,08.02.20)

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, G6PD deficiency adalah kondisi di mana kanak-kanak dilahir dengan kekurangan G6PD yang diperlukan oleh sel darah. Tiada sebarang susu yang boleh membekalkan komponen ini kerana ia bukan vitamin atau mineral yang sebarangan.
Mana-mana susu formula sesuai sahaja untuk anak anda. Jika anda mahu memberi susu ibu, pastikan anda tidak mengambil makanan yang boleh memburukkan penyakit ini seperti kacang parang. Anda juga boleh membincang dengan doktor anda semasa menghadiri ke susulan di klinik, makanan mana yang boleh memburukkan penyakit ini.
Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.