
Anonymous
5 tahun
Gagal mengekalkan ereksi
Hai doktor, saya ada masalah untuk mengekalkan ereksi ketika bersama isteri… apa ubat yang sesuai untuk saya ambil untuk penyelesaian masalah ini. Boleh tak saya menggunakan viagra. Minta nasihat dan pandangan doktor… terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarakan keterangan yang anda berikan, kegagalan mengekalkan ereksi semasa hubungan kelamin boleh dirawat secara ubat-ubatan dan secara konservatif seperti:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Kawal penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi serta kolesterol tinggi
Untuk penggunaan ubat konsultasi lebih lanjut diperlukan agar tiada percanggahan dari segi kesihatan tuan yang mungkin membahayakan sekiranya diambil tanpa usul periksa doktor terlebih dahulu. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.