
Sulit
3 tahun
Gangguan period selepas keguguran
Hi dokter. Saya berumur 24tahun dan baru berkahwin pada bulan 12 tahun 2020.saya mengalami keguguran pada 18/2 kandungan berusia 7 minggu. Selepas keguguran 2 kali saya sudah datang period tapi tarikh lebih 28 hari hari. Dan pada bulan ini saya masih tidak period sedangkan kitaran sudah 38 hari. Saya melakukan upt tetapi negative.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali, kami mengucapkan takziah atas keguguran yang anda alami. Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kitaran haid yang tidak teratur. Jangan risau, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, secara amnya, gejala haid tidak teratur juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara selain kehamilan, antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Akan tetapi, ia juga boleh berpunca atas beberapa faktor kesihatan yang lebih serius , seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mengenalpasti punca masalah haid yang anda alami agar rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Ginekologi