
Sulit
4 tahun
Gangguan stress ketika hamil
Salam sejahtera doktor. Trima kasih sudi menjawab soalan2 sy sebelum2 ini.
Saya bekas berumur 24 thun & bru 2bln berhenti kerja sbgai jurutera dan menjadi suri rumah atas paksaan suami (demi kebaikan kluarga kami, atas dasar cemburu suami). Dan skrg sy telah hamil dlm 2 bulan . Keadaan saya agak stress dgn smua yg saya alami. Tambahan, suami mahu berkahwin lagi dan marah kerana sy tidak bersetuju. Bagi pandangan doktor, apakah tindakan selamat utk sy mngawal stress sy kerana risaukan kandungan sy ini. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, cara yang terbaik adalah dengan mengawal punca stress anda. Saya sarankan untuk anda berbincang dengan suami dalam keadaan yang baik dan tenang. Anda juga boleh mencari sesorang yang dipercayai oleh suami dan anda sendiri sebagai orang tengah dalam usaha mencari jalan penyelesaian.
Selain itu, anda juga boleh mencari pakar keluarga bagi mengajukan permasalahan anda dan mencari jalan penyelesaian.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Berkenaan dengan kandungan anda, saya sarankan untuk anda sentiasa datang temu janji bagi mengetahui perkembangan bayi anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.