
Sulit
5 tahun
Ganti Ubat darah tinggi yang lain
saya ialah pesakit darah tinggi, dan dapat rawatan dari klinik kesihatan. kerajaan. tetapi ubat saya kurang 1 hari seblem saya berjumpa daktor pada 24/9/19. Saya diberi ubat Hovasc 10mg.
saya nak tanya bolehkah saya makan ubat Stadovas 5, dan Bisohexal 5mg sebagai ganti untuk satu hari. Ubat tersebut diberi oleh doktor sewastar sebelum saya jumpa doktor kerajaan. Terima Kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, Hovasc 10mg dan Stadovas 5 adalah ubat yang mempunyai bahan aktif yang sama namun berbeza dosnya. Bisohexal 5mg adalah ubat yang berlainan. Sekiranya anda kurang 1 hari ubat darah tinggi sebelum temu janji seterusnya, anda boleh mengambil Stadovas 5 sebanyak dua pil sekali makan bagi menggantikan 1 pil Hovasc 10mg pada hari yang tidak cukup pil Hovasc tersebut. Anda perlu mendapatkan pengesahan doktor sebelum ini mengapa anda perlu mengambil Bisohexal 5mg kerana ia bukanlah ubat yang pertama diberikan untuk masalah darah tinggi. Pada temujanji seterunya, anda perlu memastikan jumlah ubat yang diberikan mencukupi untuk temu janji yang seterusnya.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian berkenaan masalah darah tinggi yang anda alami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.