
Sulit
4 tahun
Gas dan reflux dalam badan
hi doktor , badan saya lemah macam tak bermaya dan skrg dada saya sakit macam ada benda yang menolak … angin dalam perut banyak sangat dan saya prnah junpa doktor beberapa bulan lepas dan disahkan ada reflux dalam badan jadi apa saya patut buat skrg untuk redakan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu penyakit refluks ataupun Gastro Esophageal Reflux Disease (GERD). Untuk meredakan gejala penyakit GERD/ sakit ulu hati, anda boleh mengamalkan perkara seperti:
- tabiat pemakanan yang betul
- elakkan makanan pedas berempah
- makan dalam jumlah yang sedikit tetapi lebih kerap
- mengekalkan berat badan yang optimum.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih