
Sulit
3 tahun
Gastric and vitamin C
Hi, im a 20 years old girl, saya ada masalah gastric and angin teruk. Saya juga dah banyak kali pergi klinik and everytime ke klinik doktor akan bagi ubat gastrik and angin but saya masih on off dengan masalah ni kejap rasa kejap tidak and masalah ini sangat mengganggu mental dan kehidupan harian saya kerana perut tak selesa dan kerisauan yang melampau. So, i want to ask about vitamin C. Is it true that vitamin C is good for gastric? And if yes, can you suggest the best product of vitamin C that can help me with my gastric?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi yang tertentu. Doktor perlu mengetahui tentang sejarah penyakit anda serta perlu melakukan pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh sebelum dapat membuat kesimpulan tentang masalah anda. Anda perlu minum ubat yang diberi oleh doktor mengikut nasihat serta arahan yang telah diberi oleh doktor kerana setiap ubat mempunyai kesan sampingan yang tertentu.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.