
Sulit
4 tahun
Gastric Dan Rasa badan loya Dan tidak besemangat
Says hafiyhamidey umur 19 ingin bertanya sya mngalami penyakit gastric Dan Rasa Seram sejuk seperti Kaki berasa sejuk badan Rasa panas Dan badan berasa lemah dan tidak bleh focus satu benda sebab bleh pening apakah tanda or punca Dari gastric tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami masalah yang anda hadapi.Antara gejala masalah gastrik adalah:
- Sering loya dan rasa perut seperti masuk angin
- Perut kembung
- Muntah-muntah
- Rasa makanan tidak hadam (indigestion)
- Sakit perut atau pedih ulu hati
- Kurang selera makan
- Sering tersedu
Sekiranya terdapat tanda pendarahan seperti najis berwarna hitam atau muntah berdarah, masalah anda mungkin adalah lebih serius. Sila rujuk kepada doktor dan dapatkan rawatan jika anda menghidap simptom ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Terima kasih.