
Sulit
5 tahun
Gastrick + sakit kepala
Sya seorng llki b’umur dlam 20 an…sejak beberapa hri ini bila gastric sya dtng msti kepala sya pun sakit…apa sbb blh kna gastric + sakit kepala kdng dah min pun tpi ulu hati masi rasa skit + kepala

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah gastritis memang sering sekali berkait dengan sakit kepala. Sebab sebenar belum diketahui tapi ada hipotesis mengatakan ia berkaitan dengan sistem saraf serta referred pain.
Gastritis sering sekali berlaku kerana anda tidak makan atau tidak makan mengikit jadual kebiasaanya. Sekiranya anda makan setelah sakit itu datang, ia mengambil masa untuk sakit itu berlalu walaupun anda sudah makan. Selain itu, pedih ulu hati anda juga berkemungkinan disebabkan oleh ketidakhadaman atau GERD.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.