
Sulit
4 tahun
Gastrik dan jenis ubat yang diberi
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ada sakit gastrik sejak bulan 4 haritu… soalan saya farmasi telah bagi ubat PPI jenis pantoprazole tapi bila saya ambil ubat tu tadi rasa sakit kepala, mengantuk kebas tangan… adakah ini side effect utk ubat jenis ni? Perkara ni membuatkan saya tidak selesa mcm hari sebelumnya… kalau saya berhenti mengambil boleh kah? Hanya minum mmt sahaja bila perlu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, PPI akan menyekat pam proton di dalam perut dan menyekat pengeluaran asid. Ubat ini, harus dimakan secara berterusan mengikut arahan yang diberikan oleh doktor yang merawat anda.
Selain itu, kesan sampingan yang sering berlaku setelah mengambil PPI ini adalah:
Sakit kepala
Mengantuk
Cirit-birit
Sembelit
Sakit perut
Perut kembung
Demam
Muntah
Loya
Ruam
Penggunaan PPI dalam tempoh yang lama boleh meyebabkan tangan kebas dan rasa sesemut. Walubagaimanapun, pihak kami tidak menolak kemungkinan lain yang boleh menyebabkan gejala anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sekiranya masalah anda semamangnya disebabkan oleh ubat PPI, berkemungkinan anda harus bertukar ubat lain bagi merawat masalah anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.