
Sulit
5 tahun
Gastrik dan nafas jadi pendek
Saya wanita berumur 48 tahun. Baru ni terkena gastrik hinggakan nafas saya jadi pendek pendek. Berjumpa dengan doktor dan ambik ubat. Tak juga ok. Buat ecg scan jantung . Result ok normal. Perlukan pendapat doktor.Dah 3 minggu lebih keadaan macam ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
• Asma (lebih-lebih lagi jika berlaku pada waktu malam)
- Kekurangan darah atau anaemia
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.