Sulit
4 tahun
Gastrik dan rasa tidak selesa di kawasan dada
Saya ingin bertanya… kemarin saya ada berjumpa doct dan saya disahkan ada gastrik… jadi saya ingin bertanya kepada pihak “doctoroncall”… ada kah rasa senak dan ketat dia antara tulang bawah dada (bahagian yg hampir dgn ulu hati) dan sehingga ke kawasan dada ada bersangkut paut dgn masalah gastrik saya ini… terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala senak dada yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit gastrik
- Penyakit ulser perut
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Penyakit jantung - sekiranya mempunyai risiko penyakit jantung
Oleh sebab anda sudah mempunyai diagnosis, anda disarankan untuk mengikuti nasihat-nasihat yang diberikan oleh doktor anda mengenai cara pengawalan penyakit gastrik ini. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.