Anonymous
6 tahun
Gastrik dan senak di atas perut
Saya wanita umur 37.baru2 ni saya ada berjumpa doct kerana masalah gastrik…dokto kata perut saya mungkin cedera…sbb saya sakit smpai sukar nk bernafas…jd dia bg ubat hyoscine n-butylbromide 10mg dan ubat ranitidine…jadi saya mkn la ubt tu…harini dh masuk hari ke 3 tp saya masih sakit lg…kenapa ye…sya risau la skrang ni…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, senak dan sakit yang dirasakan adalah kerana, asid dan isi perut tertolak naik sehingga menimbulkan gejala-gejala seperti mual, muntah, dan kembung.
Ubatan yang diberikan oleh doktor anda seharusnya cukup untuk mengurangi gejala yang dirasakan. Perlu diingatkan juga bahawa luka di dalam perut biasanya mengambil masa 3-4 minggu untuk membaik dengan pengubatan. Selain itu, ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini, antaranya:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.

Photo by Jared Rice





























