
Sulit
5 tahun
Gastrik punca sakit kepala
Hai doc. Saya wanita berusia awal 30an. Saya sering berasa pening & sakit kepala. Memandangkan saya hampir setiap hari diserang gastrik, adakah pening & sakit kepala ini adalah salah satu tanda kepada gastrik kronik?
Sebelum ini gastrik hanya menyerang sekali dua dalam sebulan. Semenjak 2bulan kebelakangan ni hampir setiap hari perut saya akan berangin & kerap sendawa untuk keluarkan angin. Kadang kadang dalam seminggu 2 3 kali sakit perut seperti kekejangan akibat angin yg terkumpul akan menyerang saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, sakit kepala ini boleh disebabkan oleh penyakit gastrik anda. Gejala ini dinamakan sakit kepala-gastrik. Walaubagaimanapun, kita tidak menolak sebab lain yang boleh menyumbang kepada masalah yang anda hadapi ini. Sakit kepala boleh disebabkan pelbagai perkara. Antaranya:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Sila rujuk kepada doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala di atas. Bagi mengetahui punca sakit kepala anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.