
Sulit
5 tahun
Gastrik sehingga menyebabkan sesak nafas
Saya wanita berumur 25 tahun… Satu minggu ini saya sering mengalami kesesakan nafas sehingga menyebabkan saya rasa mual Dan muntah²… Dan akan rasa sakit perut.
Saya sudah me dapat kan rawatan di hospital kerajaan… Dan diberikan ubat gastrik…
Saya makan ubat gastrik yg diberikan oleh doktor kpd saya setiap hari. Tapi rasa sakit yang saya alami ini tidak beransur pulih Dan masih terasa teruk sesak nafas ini… Setiap malam akan terbangun akibat sesak nafas ini…
Utk pengetahuan doktor… Saya tidak ada penyakit ashma…
Boleh doktor cakap apa masalah saya sebenar nya…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala gastrik dapat menimbulkan gejala seperti sakit dada dan pedih ulu hati. Masalah gastrik daoat timbul disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kuman Helicobacter pylori
- Hiatal hernia yaitu apabila sebahagian dinding perut terkeluar dan timbul melalui satu lubang
- Ulser perut yaitu luka di lapisan dinding perut
- Keradangan abdomen kronik (berpanjangan) seperti appendisitis
Walaupun anda telah mengambil ubatan untuk mengatasi asid perut yang naik, harus diketahui bahawa mengkonsumsi ubatan sahaja tidak cukup untuk mengubati penyakit ini. Sebaiknya dilakukan perubahan gaya hidup dan gaya makan untuk meningkatkan efektivitas ubat. Antara beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini adalah:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
- berhenti merokok
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kesihatan anda serta rutin harian, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.