
Sulit
3 tahun
Gastrik,sesak nafas dan lenguh di atas bahu
Apabila saya alami gastrik, saya rasa sesak nafas,lenguh di atas bahu,rasa ngilu di belakang kepala dan tengkuk,sendawa tapi angin tak lepas.Rasa sengal di tangan kiri dan jari manis,sakit dada yang teramat sangat hingga rasa dada nak pecah.Terima kasih Doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Penyakit esofagus
- Penyakit gastrik
- Penyakit jantung iskemik
- Penyakit ulser peptik
- Penyakit pada sistem pernafasan seperti jangkitan, kecederaan dan lain
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.