
Sulit
4 tahun
Gastrik , Simptom jantung
Saya lelaki umur 21 tahun dan mengalami gastrik yang agak lama dan kurang selera untuk makan . Dan saya ada baca tanda awal penyakit jantung dan badan saya sering dicucuk selepas makan . Adakah ini tanda awal penyakit jantung ?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, sakit dada seperti dicucuk-cucuk boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati
- Peptic ulcer disease
- GERD
- Gastritis
- Masalah pada jantung
Masalah jantung kebiasaannya berlaku kepada golongan berusia, berisiko jika anda mempunyai berat badan berlebihan, mempunyai ahli keluarga yang meninggal secara mengejut atau akibat serangan sakit jantung dan macam-macam lagi. Jika anda mempunyai risiko ini, anda disarankan untuk mengunjungi doktor bagi menjalani pemeriksaan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera supaya anda boleh dibekalkan dengan ubat yang sudah habis. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.