
Sulit
3 tahun
Gastrik, susah bernafas, pedih ulu hati… Kahak hijau
Saya wanita berumur 35 tahun. Buln jun mengalami batuk dan kahak putih/hijau dan tidak sembuh sehingga sekarang. Saya cuba mengalami gastrik dan sesak nafas/tarik nafas susah. Pedih ulu hati.
Saya sudah ke klinik sebanyak dua kali. Tetapi respon badan saya masih sama.
Doktor bagi ubat antibiotik, gastrik, batuk.
Adakah saya dijangkiti virus atau sistem penghadaman saya bermasalah?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang gejala gastrik, susah bernafas dan pedih ulu hati yang disertai kahak hijau. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya radang gastrik (gastritis) merupakan gangguan akibat lapisan dalam perut sehingga menyebabkan rembesan cecair asid perut yang tidak terkawal. Gastrik boleh mencetuskan beberapa gejala, antaranya termasuk
- Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
- Rasa senak, berangin atau pedih
- Rasa tidak selesa & kembung perut
- Rasa mual (loya) dan muntah
- Hilang selera makan
- Berat badan turun (pada peringkat teruk)
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- eosinophilic esophagitis
- GERD
- kanser esofagus
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut dan jika perlu kami boleh rujukkan kepada doktor pakar.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.