
Sulit
4 tahun
Gastrik terlampau & pedih ulu hati
Hai doc…ibu saya berumur 64 thun dan mengalamj masalah gastrik yg teruk sejak 2 buln yg lalu…selain itu, dia sering mengalami pedih ulu hati yg teramat sgt…dia juga ad history sakit gastrik lama dahulu…bdan nya lemah dan juga x lalu mkan…saya sudah bawa dia berjumpa doktor pakar…dia telah diberi ubat seperti charcoal tablet,mucosta 100mg, pantium-40 & duphalac liquid…tp apbila mkn ubt2 ney…dia merasa pnas di dlm bdan smpai telinga berdengu…ptut kah ibu saya teruskan mkn ubat2 tersebut atau hanya mkn sejenis ubat shj…makanan ap yg harus diambil oleh ibu saya bg mengurangkan sakitnya…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah gastrik dan pedih ulu hati yang dihadapi oleh ibu anda sejak 2 bulan yang lalu. Untuk makluman anda, masalah yang dihadapi oleh ibu anda adalah mungkin disebabkan oleh sejenis penyakit pada perut dan esofagus, iaitu penyakit refluks esofagus yang boleh disebabkan oleh masalah otot pada kawasan bawah esofagus.
Menurut dari ubat-ubat yang diberi oleh doktor pakar anda, ubat-ubatan tersebut adalah digunakan bagi mengurangkan penghasilan asid oleh perut bagi mengelakkan iritias daripada refluks asid yang boleh naik sehingga kerongkong. Kemungkinan gejala badan panas sehingga telinga berdengung adalah merupakan salah satu kesan sampingan ubat tersebut. Kami sarankan anda untuk menhentikan semua ubat secara sementara, dan memaklumkan perihal ini kepada doktor pakar anda dengan kadar segera.
Terdapat juga kemungkinan bahawa ubat-ubatan yang diberi tidak memberi keberkesanan yang tinggi atas penyakit yang dihadapi oleh ibu anda. Ini boleh disebabkan oleh komplikasi yang boleh berlaku akibat penyakit reflux esofagus seperti:
- Keradangan esofagus
- Penukaran struktur esofagus yang kekal (Barret’s Esofagus)
- Kanser esofagus
- Penyekatan esofagus yang boleh menyebabkan esofagus tersumbat dan makanan mudah tersekat.
- Masalah gusi dan gigi.
Kami sarankan anda untuk membawa ibu anda untuk berjumpa dengan doktor pakar bagi mengenalpasti punca masalah yang dihadapi serta mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Sementara itu, kami nasihatkan ibu anda agar untuk mengelak daripada makanan yang tidak elok seperti makanan pedas, minuman berkarbonat, serta makanan yang tidak berkhasiat atau diproses.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.