
Sulit
5 tahun
Gastroesophageal reflux disease,
Saya wanita dan berumur 22 tahun. Kebelakangan ni, ulu hati saya kerap sakit… antara yg saya alami, kerap sendawa, rasa ingin muntah, ulu hati sakit, perut kerap berbunyi seperti bunyi ketika lapar… dan baru2 ni ketika ingin beli ubat, doktor tersebut mengatakan saya alami GERD, dan ubat yg doktor tersebut suggest CONTROLOC 40 MG… adakah boleh saya dapatkan penjelasan mengenai apa yang saya alami, dan apa ubat atau pendekatan yg saya boleh lakukan untuk atasinya… terima kasih doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keluhan yang anda alami adalah sesuai dengan diagnosa yang diberikan doktor yang mana pada masalah perut seperti ini pengubatan sahaja tidak cukup.
Bagi mengurangkan berat penyakit serta mengatasi rasa tidak enak, terdapat beberapa perubahan gaya hidup yang perlu diamalkan. Sebaiknya anda mulai melakukan rutin seperti:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
- berhenti merokok atau vape
Untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.