
Sulit
4 tahun
Gastrointestinal , Gerd, Hiatal Hernia
Hi dan Assalamualaikum,saya wanita yg berumur 24 tahun dan mempunyai masalah Gerd,Hiatal Hernia,Dyspepsia,sukar membuang air besar.Doctor di hospital telah menukar ubat saya setiap kali pergi utk checkup,saya telah menghidap penyakit ini selama 8 bulan.Setiap ubat yg doc tukar,tidak memberi apa2 kesan terhadap saya dan Doc yg merawat saya mengatakan jika saya tidak memberi respon terhadap ubat dia mungkin perlu melakukan anti reflux surgery,apakah langkah yg perlu dibuat sebelum doctor melakukan surgery tersebut?apakah test yg perlu dilakukan sebelum melakukan surgery tersebut?dan jika sukar utk membuang air besar,ia berkaitan dgn Gerd juga ke?

4 tahun
Waalaikumussalam dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami berasa simpati atas masalah yang anda hadapi iaitu ubat-ubat tidak memberi kesan kepada anda untuk merawat simptom akibat penyakit GERD.
Berkenaan prosedur pembedahan dan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas pembedahan, ianya akan dilakukan oleh pasukan pembedahan.
Kami tidak boleh memberi apa apa ulasan tanpa mengetahui tentang keadaan kesihatan anda secara menyeluruh. Anda perlu memberi lebih informasi tentang kesihatan diri anda dengan menghubungi mana mana petugas kesihatan atau anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Berkenaan masalah susah membuang air besar, amat jarang sekali penyakit itu diakibatkan GERD. Untuk makluman pihak anda, masalah sembelit dimana anda mengalami masalah sukar untuk membuang air besar atau jarang membuang air besar ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengaruh gaya hidup- Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
- Menunda buang air besar- Sering kali anak-anak maupun orang dewasa menunda untuk buang air besar kerana perasaan takut, malu, atau tiada privasi untuk menggunakan tandas
- Pengaruh ubat-ubatan- Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit.
Buat masa sekarang, antara langkah yang boleh anda ambil untuk mengatasi masalah sembelit adalah dengan:
- Banyakkan serat dalam pemakanan seperti buah-buahan dan sayur
- Banyak minum air
- Jangan tangguh apabila mahu ke tandas
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.