
Sulit
5 tahun
Gat biji aor di kaki
saya mengalami biji air yang sangat gatal di kaki. Punca mungkin berlaki sejak saya terpaksa melalui kawasan banjir (air kotor) ketika ingin menuju ke kenderaan. Dah hampir setahun tidak baik dan saya rasa makin teruk sebab biji air merebak di kawasan tapak kaki dan celah jari. Apa nasihat doktor untuk rawatan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah biji air pada kaki boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman atau fungi
- Jangkitan virus
- Alahan kepada persekitaran seperti udara
- Allergi kepada barangan, debu, kutu atau barangan
Bagi mengenalpasti penyebab bji air di kaki anda, pertanyaan dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan sebelum rawatan dapat diberi. Justeru, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.