
Sulit
3 tahun
Gatal akibat hama@parasit
Sejak 2 minggu ni sy telah mengalami gatal2 dan tidak selesa Dr kepala hingga badan.sy telah cuba syampu dan losyen Dr farmasi untuk tangani hama@parasit tp msih juga ada.
Macamana sy nk hilangkan hama@parasit yg ada di badan sy ni
Dan ada tak ubat MKN atau suntikan yg blh hilangkan nya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, kegatalan badan boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya alahan biasa, jangkitan kulit, penyakit alahan kulit, parasita dan sebagainya. Rawatan serta pengubatan untuk setiap penyakit dan punca di atas adalah berbeza.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kulit.