
Sulit
4 tahun
Gatal badan berterusan
Saya perempuan berumur 19 tahun, dlm 2 minggu lepas punggung saya selalu je gatal sampai ke hari ini dan di celah paha saya berhampiran miss v jugak gatal dan naik bijik2 merah yang bertompok dan sedikit pedih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah gatal badan yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan masalah kulit yang gatal, antaranya ialah:
- Ekzema
- Psoriasis
- Jangkitan kulat, bakteria atau virus
- Gigitan serangga
- Skabies
- Alahan terhadap:
- Ubat-ubatan
- Debu
- Makanan
- Serangga
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih