
Sulit
3 tahun
Gatal bintik2 merah berair pedih sakit
Saya lelaki dlm 40an… sy mgalami gatal bintik2 merah berair pedih sakit. Tempar yg terkna bintik gtal merah tu di pinggang sblah kiri dn juga peha sebelah kiri… sy cukup2 tak tahan gatah pedih sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kami memahami kerunsingan anda tentang masalah bintik merah dan gatal pada kawasan kulit di pinggang dan peha. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sedemikian lazimnya dapat disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Gigitan kutu
- Gigitan serangga terbangan
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti:
- Alahan kulit (Allergic dermatitis)
- Ekzema
- Reaksi anaphlyaxis
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Kulit