Sulit
6 tahun
Gatal celah di celah kangkang
Saya lelaki berumur 20…celah kangkang saya terasa gatal dan ada seperti garisan bintik merah di area celah peha. Zakar saya juga kemerahan dan terasa gatal…penyakit apa kh itu?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan yang anda alami di celah kangkang dan zakar boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan kulit seperti herpes simplex
- Alahan dermatitis - pada kain seluar atau seluar dalam
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































