
Anonymous
5 tahun
Gatal celah kelangkang
Hi, saya mengalami masalah gatal-gatal dicelah kelangkang. Bila saya garu mula timbul bintik merah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Ekzema
- Jangkitan seksual
- Kurap disebabkan oleh jangkitan kulit oleh sejenis kulat ( fungi ) yang dikenali sebagai ‘d ermatophyte ’. Diagnosis akan diberikan mengikut kawasan yang dijangkiti.
Berbeza dengan gelaran popularnya iaitu ‘ ringworm ’ (‘ ring ’ = cincin, dan ‘ worm ’ = cacing), penyakit ini bukanlah disebabkan oleh jangkitan cacing. Sebaliknya, gelaran ini digunakan sebagai rujukan kepada bentuk ruam yang terhasil setelah dijangkiti kurap.
Kaedah ubati bergantung kepada luas kawasan yang telah dijangkiti, kurap yang berulang, atau yang tidak sembuh setelah menerima rawatan pertama. Untuk membuat kesimpulan sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.