
Sulit
4 tahun
Gatal dan berbiji (Hives) Datang dan pergi
Salam Doktor, saya berusia 29 tahun dan berkahwin, 3 minggu lepas saya mengalami UTi dan telah mendapatkan rawatan doktor, tetapi masalah saya sekarang, badan saya selalu tiba-tiba datang gatal, bila part yg gatal digaru dia akan menjadi hives dan berbiji2 tapi gatal tidak lama selepas 15-20min dia akan okay lps beberapa jam gatal tempat lain pulak,saya mengalami ni dh 2 minggu lebih, gatal2 datang dan pergi padahal xda nyamuk pun , mana2 tpt saya terkena, tpt kja, rumah mahupun dluar. Apa kah maksud simptom sy ni dok

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Alahan terhadap bahan yang digunakan oleh losyen atau sabun
- Skabies
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada kulit
- Psoriasis
- Dermatitis
- Ekzema
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Selain berjumpa dengan doktor, anda juga perlu melakukan beberapa perkara ini:
- Sentiasa membasuh cadar tilam anda
- Sekiranya anda tidur menggunakan toto, jemur di bawah matahari
- Memastikan pakaian anda bersih
- Meningkatkan penjagaan kebersihan kulit
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.