
Sulit
5 tahun
Gatal dan berbintat di kemaluan
Sy ibu kpd 2ank…msa pregnant ank ke2 sy dijngkiti sifilis bpunca dr suami…sy dan suami sudah pn mndpt rawatan segera di kk bdktn kmi…kmi mengambil antibiotik sbyk 3x…lpz bsalin bacaan sy clear…bacaan suami masih ade lg tp dibawah tahap tdk bhaya(ikot keterangan nurse yg btugas ats kes sy)…masalah sy sekarang,sy masih mengalami gatal2 di tepi bibir kemaluan sy…dan hanya pd wktu mlm shje yg sy rasa gatal…bila sy garu,akan jd seperti berbintat seperti kne gigit nyamok…dan ianya tidak hlg…mula2 ade disebelah knn shja…skng dh merebak ke kiri…adakah sy msih mpunyai sifilis ni…bgaimana sy mahu hlgkn rasa gatal ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, masalah gatal di bibir faraj serta boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Sebaiknya anda melakukan pemeriksaan, mendapatkan konsultasi doktor dan memperoleh diagnosis yang benar agar punca sebenar masalah dapat diketahui. Antara yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini adalah:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.