Sulit
3 tahun
Gatal dan cairan putih di telinga
Anak saya berumur 16 tahun. Telinga dia gatal ii dan sakit…oleh itu, anak saya sering mengorek kedua belah telinganya dan mendapati ada cairan putih, ianya agak sedikit berbau. Saya telah bawa dia ke klinik dan telah diberi ubat(mkn) antibiok…tetapi tetap tiada ape ii kesan…mcm mne ye? Tq Dr
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Masalah yang anak anda hadapi perlu diperiksa dengan lebih lanjut di klinik berdekatan. Tanpa pemeriksaan yang lebih teliti pada telinganya, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada telinga
- kebocoran pada gegendang telinga
- nanah/abses
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.