mila

6 tahun

Gatal dan keputihan di Faraj

Hi doktor , saya seorang wanita berusia 20 tahun . Saya mengalami keputihan yang berketul dan gatal2 . Adakah itu jangkitan kulat ?

Dr Ilias,

6 tahun

Hai, terima kasih untuk soalan saudari.

Jangkitan kulat di faraj adalah kebiasaanya kerana oleh sejenis kulat yang dikenali sebagai Candida Albicans. Jangkitan ini bukan sejenis jangkitan kelamin, yang disebabakan oleh hubungan seksual. Ia berpunca dari pembiakan kulat ini yang berlebihan di dalam faraj.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada terjadinya masalah ini. Antaranya ialah menghidap HIV, Kencing manis, kesan ubatan kencing manis, kegemukan, mengandung, tekanan perasaan yang tinggi dan pelbagai lagi. Jika kulat dikesan di faraj namun tidak memberi kesan dan gatal, keadaan ini tidak perlu dirawat kerana ia akan sembuh secara sendiri tetapi jika ia memberi kesan atau ibu mengandung, keadaan ini harus dirawat dengan ubat.

Selain itu ubat makan seperti Fluconazole juga boleh digunakan sekiranya wanita tidak ingin menggunakan pesari yang akan dimasukkan ke dalam faraj. Ia juga baik untuk merawat jangkitan kulat secara sistemik. Jika anda merasa khuatir, sila berjumpa dengan Doktor untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang rawatan kulat di Faraj. Anda juga mungkin akan diminta untuk melakukan swab test untuk memastikan diagnosis dan rawatan yang tepat.

Saya berharap saya telah menjawab soalan saudari dengan tepat. Silakan bertanya jika saudari masih mempunyai soalan. Selamat berjaya.

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Hi dan salam sejahtera! Terima kasih untuk soalan anda.

Keputihan seperti ini menjadi aduan yang seringkali diperhatikan pada wanita yang berada dalam golongan umur reproduktif. Keputihan seperti ini kurang menjadi isu dalam kalangan wanita yang sudah menopaus. Antara faktor yang mempengaruhi keluaran keputihan termasuk juga kitaran haid, kehamilan, penggunaan pil perancang dalam dos yang tinggi. Penggunaan ubat antibiotik untuk tempoh yang panjang juga menyebabkan sesetengah pihak mendapat keluaran keputihan yang. Penghidap penyakit kencing manis, HIV dan golongan yang obes juga turut mempunyai keputihan yang berketul.

Anda tidak perlu terlalu risau tentang keadaan anda jika ini adalah kali pertama anda menghidapi simptom seperti ini. Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil untuk membantu anda. Pertama sekali, gunakan pakaian longgar dan seluar yang diperbuat daripada kapas - elakkan pantyhose nilon yang ketat. Anda juga boleh rendamkan bahagian tersebut dalam air untuk seketika… Elakkan menggunakan sabun. Gunakan pembersih bukan sabun atau krim berair. Sekiranya, masalah ini kerap kali berlaku, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)