Anonymous

5 tahun

Gatal dan keputihan pada kemaluan

Selamat petang doc, sy nak Tanya… Sudh berberapa hari sy mengalami Gatal Dan keputihan yg pekat pada kemaluan… Sebelum ini tidak ada. Sy ad membaca artikel tentang tanda2 kanser tapi sy tidak pasti sama ada sy menghidapi atau tidak. Kerana rasa Gatal Dan keputihan ini baru sahaja… Apa patut sy lakukan? Adakah sy menghidap kanser?

Selamat sejahtera. Kegatalan dan keputihan di kemaluan adalah masalah yang kerap berlaku dalam kalangan wanita.

Bagi wanita yang masih boleh mengandung, penyebab keputihan dan kegatalan yang paling kerap ialah jangkitan. Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko bagi jangkitan adalah penggunaan antibiotik, penukaran tahap pH vagina kerana darah haid, air mani, tahap kebersihan diri yang kurang memuaskan, pembilasan faraj (douching), kehamilan dan penyakit diabetes mellitus. Contoh jangkitan faraj adalah seperti:

  • Vaginosis bakteria
  • Vaginitis Candida
  • Vaginitis trichomonas
  • Kadangkala jangkitan lain seperti, gonorrhoea dan chlamydia boleh menyebabkan simptom-simptom yang anda alami. Badan-badan asing misalnya, tampon yang dilupakan juga boleh menyebabkan keputihan dan kegatalan.

Bagi wanita yang mengalami menopaus, vaginitis atropik adalah punca biasa. Sebab lain yang luar biasa termasuk kanser faraj, kanser pangkal rahim dan kanser endometrium.

Bagi wanita semua peringkat umur, kegatalan dan keputihan mungkin disebabkan oleh reaksi hipersensitiviti kepada irritant seperti minyak wangi, tuala haid, sabun dobi, spermisida, krim vagina atau pelincir, kondom lateks, kontraseptif faraj dan diafragma.

Salam sejahtera.

Selain jangkitan yis, terdapat beberapa jangkitan kuman lain yang juga boleh menyebabkan simptom yang serupa seperti di atas. Vaginosis bacteria menyebabkan keputihan abnormal dan juga bau hanyir seperti ikan di kemaluan. Trichomoniasis akan menyebabkan pelepasan faraj berwarna hijau atau kuning yang juga berbau. Jangkitan yis dan juga infeksi-infeksi yang saya nyatakan di atas boleh dirawat dengan senang jika individu bertemu dengan doktor.

Kanser boleh juga menyebabkan keputihan dan kegatalan di kemaluan, tetapi selalunya simptom kanser rahim atau vagina adalah pendarahan yang luar biasa dan juga kanser ini lebih kerap berlaku di kalangan wanita yang berumur lebih daripada 50 tahun. Contoh pendarahan yang luar biasa adalah, haid yang tidak teratur, haid lebih daripada 8 hari ataupun memerlukan pertukaran pad lebih daripada 5 dalam sehari, dan juga pendarahan selepas bersambung dengan suami.

Nasihat saya adalah untuk puan bertemu doctor di klinik akan supaya doctor boleh memeriksa puan dan mengenalpasti penyakit yang puan hadapi, dan seterusnya, merawat penyakit tersebut.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)