Anonymous

6 tahun

Gatal dan lendiran putih dalam dubur selepas hubungan homoseksual

Hi,

Saya gay bottom. Last week i had sex with man without safety. Since the last 3 days ada kegatalan di bahagian dubur saya dan saya dapati terdapat lendiran putih didalam dubur saya. Adakah saya dijangkiti penyakit kelamin?

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Hi! Selamat petang dan salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan anda kepada saya. Berdasarkan deskripsi anda di atas, anda mungkin menghadapi penyakit kelamin atau lebih dikenali sebagai sexual transmitted disease (STD).

Gonorea adalah penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks. 50% wanita dan 10% lelaki tidak mempunyai sebarang simptom. Kebanyakan daripada mereka tidak sedar mereka telah dijangkiti Gonorhea. Antara simptom-simptom yang menyatakan anda telah dijangkiti penyakit kelamin:-

-Rasa sakit atau rasa terbakar ketika kencing atau membuang air kecil
-Keluar lendir putih dari zakar atau kemaluan yang bewarna putih kekuningan atau hijau dari hujung zakar
-Rasa sakit atau rasa nyeri sekitar buah zakar
-Gonorhea boleh menjangkiti bahagian dubur, mata atau kerongkong

Penyakit kelamin juga kerap dialami oleh kaum Adam. Haruslah anda mempraktikkan budaya seks yang sihat untuk mengelakkan sebarang jangkitan berlaku. Mempunyai pasangan seks yang lebih dari seorang juga menyebabkan bakteria mudah untuk mengjangkiti pesakit.

Hi, terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan simptom-simptom yang anda sedang alami, ada kemungkinan besar yang anda dijangkiti penyakit kelamin. Antara gejala penyakit kelamin adalah luka pada kulit zakar, rasa pedih semasa membuang air kencing, discaj dari zakar atau bahagian dubur, rasa sakit semasa ejakulasi, kegatalan pada zakar atau bahagian dubur, ruam pada zakar, buah zakar dan bahagian genitalia yang lain.

Untuk pengetahuan anda, hubungan sex ‘anal’ membawa risiko yang lebih besar untuk dijangkiti penyakit kelamin jika dibandingkan hubungan seks yang lain. Ini adalah kerana lapisan tisu dalam rektum sangat nipis dan boleh luka dan dijangkiti kuman dengan senang. Anda seharusnya berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang bersesuaian.

Terdapat beberapa langkah yang anda dapat lakukan untuk melindungi diri anda dan pasangan anda daripada dijangkiti penyakit kelamin. Sentiasa amalkan ‘safe sex’ dengan penggunaan kondom. Kondom dapat memberikan perlindungan daripada cecair atau tisu yang sudah dijangkiti kuman penyakit. Jika anda menggunakan pelincir, gunakan pelincir yang berasaskan air kerana pelincir yang berminyak selalunya boleh menyebabkan kondom senang koyak. Hadkan hubungan seks berisiko tinggi dan kurangkan pasangan seks anda.

Sila dapatkan ujian saringan STD setiap tahun atau sekerap mungkin untuk mengetahui status anda. Semoga penjelasan yang diberi sedikit sebanyak membantu anda memahami masalah anda.

Terima kasih di atas pertanyaan anda. Kegatalan dan lendir putih pada dubur merupakan antara simptom penyakit kelamin dan ia sering terjadi apabila hubungan seks dijalankan tanpa perlindungan.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan meningkatnya risiko mendapat penyakit kelamin. Seks tanpa perlindungan tanpa kondom melalui vagina, oral atau dubur boleh meningkatkan risiko jangkitan dengan banyak. Selain itu, mempunyai pasangan yang ramai juga meningkatkan risiko penyakit kelaminKebanyakannya adalah disebabkan oleh penyakit seksual seperti jangkitan gonorea, chlamydia dan trichomonas. Simptom yang lain seperti kencing yang menyakitkan dan rasa terbakar serta gatal-gatal.

Gonorrhea adalah jangkitan seksual yang kadang-kadang tidak menunjukkan simptom. Untuk jangkitan chlamydia, ia kerap kali berlaku di dubur dan mulut untuk wanita dan uretra, rektum dan tekak untuk lelaki.

Pada pendapat saya, anda mesti berjumpa doktor yang pakar dalam penyakit jangkitan kelamin.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)