
Sulit
4 tahun
Gatal Dan pedih tekak
Dalam tekak saya mcm Ada benda tumbuh…dapat dirasa dengan jari…kadang2 menganggu pernafasan saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu terasa seperti ada sesuatu di tekak sehingga kadanf-kadang mengganggu pernafasan. Untuk makluman anda, tekak yang tidak selesa boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
- Masalah tiroid
- Tersekat benda asing
Selain merujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut, anda boleh melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.