
Anonymous
5 tahun
Gatal dan rasa pedih di bahagian vigina
saya start mengalami ini selepas habis menstrual period 2 minggu yang lepas. keputihan lebih banyak. ada kah ia bahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya gatal vagina antaranya ialah:
- Allergi terhadap produk pembersihan wanita
- Alergi kulit pada sekeliling vagina
- Jangkitan pada saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Penyakit STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
Keputihan selalunya ialah keputihan normal atau fisiologi namun sekiranya keputihan ini berbau, lebih banyak dari biasa, bertukar warna, ini bermakna terdapat jangkitan pada vagina.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang di hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih