Sulit
5 tahun
Gatal dan tiba tiba tumbuh macam bisul di faraj
Saya wanita umur 20an. Saya mengalami gatal dan tiba tiba tumbuh macam bisul di faraj bahagian kanan betul betul sebelah vulva. Saya rasa sakit bila kepit kaki & sentuh di tempat bisul. Bagaimana saya nak atasi masalah ini?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan dan benjolan pada faraj yang anda alami boleh disebabkan:
- radang folikel
- Jangkitan kulat seperti kandidiasis
- Jangkitan genital herpes
- Kista (cyst) pada kemaluan seperti “Bartholin/Sebaceous cyst”
- Penyakit kulit sepert ekzema atau alahan dermatitis
- Penyakit seperti lichen sclerosus/planus
Untuk mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































